Tuesday, June 8, 2010

Hamba yang Lupa


assalamualaikum wbt..sudah pun bermula sem baru.....moga sem ini tidak lah sesukar sem yang lepas...errrmm...mungkin juga sy belum biasa lagi dgn sistem di MMU ...alhamdulillah cuti kali nie bukan lah cuti yang sia2...sempat juga sy isi kan dgn perkara2 berfaedah..antaranya...ehem2...program musafir Al-Quran...



walaupun selama lebih kurang 4 hari di sana . tapi banyak pelajaran dan pengajaran yang sy timba disana...alhamdulillah  orang terengganu mmg molek2 belako...rezeki mmg x putus2 di sana...setiap  tempat yang dikunjungi ada saja makanan yang terhidang...tapi itu bukanlah tajuk utama nyer....yang utama nya Tarbiyyah yang sy dpt dari setiap tempat yang di kunjungi..bermula dari lawatan ke Institut Al-quran, mini games , explorace , lawatan ke rumah org tua...dan juga Tazkirah yang di terima di masjid2 yang kami kunjungi...nak di ceritakan semua mmg x mampu....




Bila sampai di bumi Melaka, baru sy terfikir mungkin juga ujian2 yang sy terima sebelum adalah sebagai penghapus dosa.....kesabaran sy kadangkala agak teruji sewaktu di sana....mungkin itu Tarbiyyah yang ingin Tuhan beri pada saya...Allah saja yang  tahu perasaan sy waktu tue...di rumah orang Tua , sy lihat sendiri x semua orang yg ber nasib baik seperti saya, sesukar mana pun hidup yang sy lalui, ada lg yang melaluinya dgn lebih sukar...insaf saya dengan percaturan hidup  yang di tentukan Ilahi...hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik utk hamba2-Nya...


notes :  antara pesanan yang acapkali masuk ke halwa telinga sy ; "jangan jadi kijang yg pengecut, lari bila berhadapan dengan masaalah , jadilah sprt singa yang mengaum, berani bila berhadapan dengan musuh/masaalah ."
**pesanan lain:"tegakkan Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu.."


   disebabkn muslimin yg buat video nie, so semestinya gamba mereka la yg plg byk...p

sy terasa ingin menyelitkan kata2 ustaz hasrizal dalam buku nya...ayat yang memberitahu sy bahawa "garis yang memisahkan manusia yg berlaku baik , dengan manusia yg ikhlas dengan kebaikannya amatlah tipis .Justeru datang lah ujian yang tidak di sangka-sangka utk menzahirkan keikhlasan itu."



      "patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman ', sedang mereka tidak di uji?"
(Al-Ankabut :2 )




ketika kamu tidak bergaul bebas , menjaga hubungan , dan berakhlak baik , kamu terlupa kpd Allah hingga menyangka kamu seharusnya menerima yang baik2 sahaja dalam hidup ini. Bukan cela , bukan hina.


Maka setiap ujian yang di terima , ketahui lah Allah sedang berbicara dengan kamu. Bahawa sebaik mana pun ibadah, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna



                   HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.!
             HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak di uji!
             HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya utk DIA


Kita sentiasa layak di uji...
kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlan RASA MEMILIKI!

p/s : kadangkala harapan itu boleh jadi kenyataan , kadangkala harapan itu hanya tinggal harapan.Sebagai hamba sy hanya mampu berserah, dan berharap moga pengakhirannya nanti adalah suatu yg baik dan terbaik..hati ini milik-NYA