Saturday, March 6, 2010

Antara Hari Yang Bermakna Dalam Hidup ku

Selesai sudah majlis convocatioan yang penuh gilang gemilang tadi....bermula pada hari rehearsal yang agak membosan kan mulanya....tapi keesokan harinya membawa antara hari-hari yang bermakna dalam hidupku...bermula dengan kemasukan para graduan diiringi dengan selawat...kemudian kami menunggu ketibaan VVIP , setelah VVIP sampai para hadirin di minta berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku , mendengar ucapan dan tibalah masa scroll kosong diberi dengan penuh kasih sayang...hehehe...di takdirkan, course kami, Diploma in Accounting antara course yang paling lambat sekali mendapat scroll...apalagi, x senang duduk la kami, bercampur dengan perasaan gemuruh utk mengambil scroll , apatah lagi kos DCE mengambil masa yang lama utk menyudahkan penerimaan scroll mereka , kelakar tengok gelagat sorang-sorang time tue ( andai dapat di rakam , pasti jadi kenangan terindah )...penerimaan scroll di berhentikan seketika utk memberi laluan kepada IIC choir performance yang dipimpin oleh saudara hafiz hamidun ,memang mantap persembahan mereka , tgk la sape yang memimpin..huhuhu...dari lagu ayah dan  ibu, kasih kekasih , in the eyes of the world sampai kepada kepada lagu kematian utk menginsafkan kami semua...semasa lagu di nyanyikan , disiarkan juga slide show kenangan2 kami selama 2 tahun 8 bulan menuntut ilmu di sana ....antaranya, ibadah camp, konsert palestin, bz com kami dll...apa yang mengharukan saya adalah sewaktu lagu kematian , disiarkan  slide show mengenai sahabat kami ,arwah Salam yang pergi ke rahmatullah lebih kurang 2 tahun dulu (31 march ini lengkapkan pemergiannya selama 2 tahun )

Terhibur jugak lah perasaan kami yang gemuruh ketika itu ,kemudian penyerahan scroll disambung semula diikuti dengan best award utk setiap course dengan nabil khalaf di anugerahkan sebagai best award keseluruhan utk convo kali ini. Nabil tidak lupa menyebut nama arwah Salam sebagai salah seorang rakannya yang menyumbang kepada kejayaan nya hari ini  dalam ucapannya...dan upacara tamat lebih kurang pukul satu tengahari dan kami keluar beramai-ramai dengan membawa bersama ucapan-ucapan tahniah dari lecturer, mdm Iman dan  sir Fatah selaku mc pada hari itu .kata mdm, it is just the beginnning of your more challenges world out there, not the end..thank u mdm....dan sesi penggambaran pun bermula sebelum jubah di pulangkan pada hari itu juga dengan perasaan yang berat sungguh2...huhuhuhu






antara hadiah yang diterima....thanks to mak, ayah, k.liah ,k. dayah, lieza , Farah n to forget k. ina atas penyediaan mkanan pada hari ini...hehehe

kenangan bersama familie, x semua yang ada .K. liah terpaksa bergegas utk kerana ada kelas lebih kurang pukul 2 ptg..

Monday, March 1, 2010

PeSaNaN SeOrAnG SaHaBaT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Bismillahirahmanirahiim.. Sayyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah. Allahualam..


Friday, February 26, 2010

Sejambak bunga dan Sekotak Coklat....

baru selesai menghadap mid term managerial accounting 1...jawap dengan penuh *******..hahaha...yang pastinya kiri kanan depan blakang orang cakap susah...uhuk!uhuk!uhuk!..tawakal je la pasnie...selesai nyer satu paper nie bukan lah bermakna 'mission is already complete'  yer but a few more task need to do.....critique essay nya enggak lagi di siapkn, presentation nya lagi ,blom lagi di campur ,tolak, darab, bahagi, ngan tutor, assignment dsbnyer lagi....kemungkinan besar the story will continue smpai la akhir sem nanti...ermm.....n the more x-cited one...ngee~..actually xde la excited sgt...sbb dh lame saat2 excited nie di tunggu2...ape die eh???



errmmm...yg excited nyer insyaallah 6 march nie akan tibalah tarikh keramat yang hampir setahun di tunggu2 oleh kami2 semua----------> IIC graduation convo....selalu nyer dtg convo dlu...stakat jdk comittee je la...melayan kerenah mak ayah dan sebagai nyer...but this time sampai lah mase diri sendiri pulak di raikan...huhuhu...nak tau jugak macam mane agaknyer rupa bentuk keadaan convo kali nie.....errrmmm...sape2 nk tgk saya convo (budget cam ade jer...), jom datang UIA 6 march...opppsss..!!!!!!!!bunganyer jgn lupe...P...kidding!

psst : sori tajuk xde kene mngena di sebabkan kekeringan idea.

Tuesday, February 16, 2010

kehidupan serba tak kena

bismilllahhirahmannirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih, selawat dan salam ke atas nabi muhammad sa.w..dah lame rasenyer x buat pengisian di sini..w/pon pengisiannya yang x seberapa ,


lewat minggu-minggu yang lalu kehidupan saya begitu sibuk dengan beberapan urusan yang perlu diselesaikan dengan segera..kadangkala terbit rasa tension, putus asa, lemah dan sebagainya..tapi dalam keadaan yang kurang sedar sebenarmya saya rasa bahagia di situ..ya, bahagia kerana kehidupan saya di isi dengan perkara yang berfaedah..cuma mungkin kerana kurang pengalaman menyebabkan kadang-kala sya lebih pentingkan apa yang kurang penting..hari ini , saya mungkin lapang dari segala aktiviti, tapi kenapa tidak bahagia??bukan kah itu yang saya inginkan???lapang dari segala masaalah...


jawapannya mungkin saya temu dari kata-kata -'hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan hidup'

Kadang-kala masaalah datang bertimpa-timpa, di saat hendak menyelesaikan satu perkara penting, tiba-tiba datang lagi 2-3 perkara yang lebih penting harus di selesaikan kan jua dengan segera, belum lagi di kira perkara yang dianggap kurang penting w/pon sebenarnya tak kurang pentingnya..jadi apa yang harus kita lakukan??dimana salah dan silapnya???usah menyalahkan takdir sedangkan kita diuji megikut kemampuan diri sendiri..
justeru diri sendiri yang harus di perbetulkan dahulu sebelum megubah keaadaan sekeliling .Kadangkala masa memang tidak cukup utk diri kita, jadi bagaimana kita menguruskan masa tersebut supaya mencukupi untuk diri kita adalah yang lebih utama.


buruk itu mungkin bukannya buruk , ia mungkin baik ;
baik itu mungkin bukannya baik , ia mungkin buruk.



Seperti seorang tua yang kehilangaan kudanya , jiran-jiran beliau semuanya datang untuk menyenangkan hatinya .Tetapi si tua tersebut berkata ,"ia mungkin suatu perkara baik" . Beberapa bulan kemudian , kuda tersebut telah pulang dengan sendirinya dan membawa bersamanya seekor kuda yang pantas sekali . Jiran-jiran orang tua tadi kini datang untuk megucapkan tahniah kepadanya . Tetapi beliau berkata ,"ini mungkin suatu perkara buruk " . Suatu hari , anak lelaki orang tua itu telah keluar menunggang kuda yang pantas itu, dan anak lelakinya telah jatuh terpelanting dan patah kakinya lalu menjadi tempang dan cacat .

Jadi apa anda fikir , adakah buruk itu sebenarnya buruk ???


"Dia yang tidak pernah menderita itu hanya telah hidup separuh kadar .Dia yang tidak pernah gagal itu tidak pernah berusaha atau mencari .Dia yang tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenar dan Dia yang tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir"


Justeru setiap kesusahan, kegagalan, setiap kecacatan, atau pengalaman yang tidak menyenangkan mungkin membawa bersama faedah yang seringkali dalam bentuk tersorok.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



di saat anda merasa kurang bahagia , tunduklah menghadapkan dahimu yang suci itu menyembah ke bumi dengan sehina-hinanya menghadap Ilahi, kembali muhasabah diri atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak...Moga mendapat petunjuk dari-Nya dalam setiap langkah.

Sunday, February 7, 2010

IU Sports Day...alhamdulillah

baru selesai dgn satu lagi program IU...iaitu IU sports Day @ IU Sports Fiesta...program kali ini agak berbeza sedikit bagi saya...mungkin kerana ini lah 1st time saya join program yang bergabung dgn IU dari cyberjaya dan kalau sebelum ini  kebanyakan program yg saya join menuntut saya utk jadi peserta tapi kali ini saya di beri tanggungjawab berat utk menghandle program ini...entah kenapa saya terus terima tanpa syarat apabila di approach oleh ika..asal nyer semata-mata utk mencuba dan dapat pengalaman baru....tapi akhirnya dia kadangkala menjadi mimpi ngeri buat saya, tapi alhamdulillah pengalaman kali ini amat berbeza..bak kata kamilah, berjaya atau tidak sesuatu program tue adalah bergantung kepada direktor, kalau direktor xde semangat maka , x semangat la komiti nya...di sebabkan direktor saya ,bukhari mengambil masa yg panjang utk bercuti, saya terpaksa akur memegang amanah utk menjalan kan program IU Sports Fiesta sementara menunggunya pulang ke MMU...program yang berjalan selama 2 hari nie berjalan dengan lancar saya kira...tiada masaalah yg boleh di kira masaalah...risau jugak saya time x-plorace takot2 ade kejadian yg x diingini berlaku...alhamdulillah, semua selamat...saya belajar konsep tawakal yang sebenar, pergantungan hanya pada Allah setelah melakukan apa yang patut...terima kasih yang x terhingga pada semua komiti2 explorace atas komitmen yang x terhingga ,faain, apis , udin, dan komiti2 nya...thanks juga pada tanzim2 atas segala tunjuk ajar..dan juga pada semua komiti2 lain...aleep, ijat, aswad, muadz,zafran, isz, mira ,nadia, fira , wani, ika dan semua sekali yang terlibat...terima kasih atas komitmen anda semua...



ini lah keje saye sementara menunggu peserta x-plorace menamatkan x-ploracenyer, utk pengetahuan, jam ini akan menyanyikan lagu ghazal setiap satu jam



acara kemuncak : perlawanan bola antara iu cj dan iu melaka dengan memakai kain pelikat ;part nie agak klakar rasanyer..hehehe


terima kasih pada semua... ; D

Last Pict sebelum IU cj bertolak ke cyberjaya

Wednesday, January 20, 2010

KiSaH ImAm HaNaFi.....

Cikgu: Saya nak buat satu cerita yang pernah saya ceritakan untuk kita fikir balik. Niat umat Islam untuk berjuang adalah untuk meng-Islamkan orang yang belum Islam dan yang sudah Islam ditingkatkan ke-Islamannya.


Imam Hanafi berjiran dengan keluarga Yahudi. Orang Yahudi ini air perlimbahannya masuk ke rumah Imam Hanafi. Imam Hanafi buat tak tahu sahaja. Dia tak marah, tak complain, tak cakap. Bertahun-tahun lamanya orang Yahudi itu tak sedar. Akhirnya orang Yahudi itu perasan. Ia cakap kepada keluarganya, kita tak sedar, lama rupanya air najis rumah kita mengotori rumah jiran. Kita dah silap. Rumah jiran kita dah ternajis oleh kita. Tapi pelik, jiran kita tak marah, tanya pun tidak.




Kerana malu, orang Yahudi itu pergi ke rumah Imam Hanafi untuk meminta maaf. Lepas minta maaf, dia tanya Imam Hanafi tentang air najis yang mengalir ke rumah Imam Hanafi. Engkau tak sedar ke? Sedar, kata Imam Hanafi. Mengapa engkau tak marah? Imam Hanafi jawab, agama saya mengajar untuk tidak marah. Mendengar ini, orang Yahudi itu masuk Islam.




Orang Yahudi ini kalau nak tarik dia ke masuk Islam dengan kuliah atau dakwah tak mungkin. Tapi dengan cara Imam Hanafi, orang Yahudi tadi masuk Islam.


Esok orang masuk Islam bukan dengan hasil dakwah kita. Sabar dengan ujian, itu taqwa. Dengan taqwa, Tuhan akan putar hati orang.


Hari ini pendakwah banyak cakap, tapi orang tak masuk Islam. Hasil sabar Imam Hanafi orang Yahudi masuk Islam.


Bila suami, isteri, jiran tak baik, sebenarnya ini salah kita. Tak ada taqwa, sedang taqwa itu magnet untuk tarik orang. Kalau bateri (taqwa) lemah, bagaimana nak charge bateri orang lain? Iman dan taqwa itu macam charger. Kalau charger kuat dia boleh charge semua orang, kalau lemah dan dia charge orang, maka bateri dia bertambah lemah. Orang bukan Islam tak masuk Islam. Orang jahat tak jadi baik kerana dakwah kita. Akhirnya marah pada orang lain dan jadi militan. Yang sebenarnya kita yang tak ada power (taqwa). Bagaimana nak Islamkan orang?


Imam Hanafi tadi ada cita-cita nak Islamkan Yahudi itu. Sabar dia membuat Yahudi itu masuk Islam.




psst : Mohon Tuhan pinjamkan rasa hina dalam diri kami, kerana hakikatnya tahi (ego) yang ada dalam diri kami. Tapi tahi ini begitu sekali disayangi. Imam Hanafi sanggup menerima najis untuk kemuliaan dia dan akhirnya menyebabkan Yahudi itu masuk Islam.