Wednesday, July 21, 2010
Saturday, June 12, 2010
Tuesday, June 8, 2010
Hamba yang Lupa
assalamualaikum wbt..sudah pun bermula sem baru.....moga sem ini tidak lah sesukar sem yang lepas...errrmm...mungkin juga sy belum biasa lagi dgn sistem di MMU ...alhamdulillah cuti kali nie bukan lah cuti yang sia2...sempat juga sy isi kan dgn perkara2 berfaedah..antaranya...ehem2...program musafir Al-Quran...
walaupun selama lebih kurang 4 hari di sana . tapi banyak pelajaran dan pengajaran yang sy timba disana...alhamdulillah orang terengganu mmg molek2 belako...rezeki mmg x putus2 di sana...setiap tempat yang dikunjungi ada saja makanan yang terhidang...tapi itu bukanlah tajuk utama nyer....yang utama nya Tarbiyyah yang sy dpt dari setiap tempat yang di kunjungi..bermula dari lawatan ke Institut Al-quran, mini games , explorace , lawatan ke rumah org tua...dan juga Tazkirah yang di terima di masjid2 yang kami kunjungi...nak di ceritakan semua mmg x mampu....
Bila sampai di bumi Melaka, baru sy terfikir mungkin juga ujian2 yang sy terima sebelum adalah sebagai penghapus dosa.....kesabaran sy kadangkala agak teruji sewaktu di sana....mungkin itu Tarbiyyah yang ingin Tuhan beri pada saya...Allah saja yang tahu perasaan sy waktu tue...di rumah orang Tua , sy lihat sendiri x semua orang yg ber nasib baik seperti saya, sesukar mana pun hidup yang sy lalui, ada lg yang melaluinya dgn lebih sukar...insaf saya dengan percaturan hidup yang di tentukan Ilahi...hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik utk hamba2-Nya...
notes : antara pesanan yang acapkali masuk ke halwa telinga sy ; "jangan jadi kijang yg pengecut, lari bila berhadapan dengan masaalah , jadilah sprt singa yang mengaum, berani bila berhadapan dengan musuh/masaalah ."
**pesanan lain:"tegakkan Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu.."
disebabkn muslimin yg buat video nie, so semestinya gamba mereka la yg plg byk...p
"patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman ', sedang mereka tidak di uji?"
(Al-Ankabut :2 )
ketika kamu tidak bergaul bebas , menjaga hubungan , dan berakhlak baik , kamu terlupa kpd Allah hingga menyangka kamu seharusnya menerima yang baik2 sahaja dalam hidup ini. Bukan cela , bukan hina.
Maka setiap ujian yang di terima , ketahui lah Allah sedang berbicara dengan kamu. Bahawa sebaik mana pun ibadah, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.!
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak di uji!
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya utk DIA
Kita sentiasa layak di uji...
kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlan RASA MEMILIKI!
p/s : kadangkala harapan itu boleh jadi kenyataan , kadangkala harapan itu hanya tinggal harapan.Sebagai hamba sy hanya mampu berserah, dan berharap moga pengakhirannya nanti adalah suatu yg baik dan terbaik..hati ini milik-NYA
Sunday, May 16, 2010
Farisa Dalam Kenangan, Al-Fatihah
pagi tadi kami sekeluarga di kejutkan dengan kehilngan Farisa...saat di beritahu kehilangan Farisa , apa yang saya terbayang adalah seorang kanak2 berumur 4 Tahun yang aktif lagi lincah....terkejut bukan main kepalang...sakit ape???Farisa adalah anak saudara yang pertama sebelah abang ipar saya....Farisa yang berkulit gebu lagi cute...huhuhu....x sangka dia pergi terlebih dulu...kali pertama saya jumpa dengan Farisa kalau x silap lebih kurang 2-3 tahun dulu..
waktu tue saya di tahun kedua Diploma...dan kali terakhir sewaktu perkahwinan kakak saya dan Safwan.. , terkejut juga melihat badan Farisa yang semakin comel dan gebu...masih ingat lagi, muka Farisa yang masam dan menjeling tajam dek kerana marah x di benarkan naik pelamin bersama pengantin...hehhe...Farisa yang mmg manja dengan abg ipar dan kakak sy..kami adik-beradik mmg suka bercerita pasal Farisa, pasti tergelak2 kalau cerita pasal Farisha dijadikan isu..ada saja gelagatnya yang mencuit hati..sebab tue agak terasa juga dengan kehilangan nya...hmmm2...Farisha..Allah lebih menyayangimu...Farisa pasti sedang gembira di sana sekarang..
disebabkan berita mengejut ini saya jadi serba-salah...antara melawat Farisa di Putrajaya atau menghadiri meeting Konsert Nasyid...setelah lama berkira-kira akhir nya saya membuat keputusan utk ke Putrajaya krn takut terkilan xdpt menatap wajah Farisa buat kali terakhir...1st time melihat mayat kanak2 di depan mata sendiri..hati sya jadi sayu dan takut..kanak2 selincah itu sudah pun di tarik nyawanya kembali, apatah lagi orang seperti saya...huhuhu....moga Farisha tenang dan gembira di sana....moga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini...Insyaallah, pasti ada hikmahnya yang tersendiri...Kali terakhir saya melihat Farisha
Saturday, May 15, 2010
baru selesai menghadapi final exam...alhamdulillah,.....banyak sebab kenapa saya perlu menyebut alhamdulillah...terima kasih kepada yang mengingatkan saya tentang ada nya DIA utk saya...ye, DIA selalu ada..kadangkala bila terlalu depress saya jadi lupa yang DIA ada utk saya...di waktu sy senang dan susah DIA ada bersama saya tanpa sy sedar...lebih dr seorang kekasih yang ingin menghabiskan masa bersama2 selalu...yang penting saya lega , lega kerana segala-galanya sudah berakhir.....saya ingin menikmati cuti kali nie tanpa perlu memikrkan soal pelajaran walaupon cuma selama 3 minggu...!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, April 6, 2010
Kenangan Akademi al-fateh
Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak~
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Tuesday, March 30, 2010
Say 'Sayonara' to Jahiliyyah
Pertemuan di sister gathering jumaat lepas banyak menyedarkan saya kesilapan selama ini...say 'sayonara' to jahiliyyah, walaupun saya tidak dapat mengikuti nya sampai habis kerana ada kelas ganti tapi ade juga input yang dapat dikongsi bersama apatah lagi ia berkait rapat dengan hidup saya...say sayonara' to jahiliyyah , kalau jahiliyyah manusia pada zaman nabi dulu kerana tidak tahu, jahiliyyah orang sekarang pula adalah bukan kerana tak tahu tapi buat2 tak tahu .tapi bagaimana pulak utk di bye2 kan jahiliyyah itu kalau jahiliyyah dalam diri sendiri pun tak dapat di kenal pasti???pertama sekali kenalah fahami jahiliyyah dalam diri sendiri atau dalam erti kata lain , apakah keburukan dalam diri sendiri ?...errrmmm...mungkin banyak yang perlu saya muhasabah kembali dalam diri...kadang2 terfikir juga ,apa saja yang saya lakukan setiap hari? adakah menggembirakan orang di sekeliling saya @ tanpa sedar saya menyakiti mereka...dan bagaimana pula hubungan saya dengan Pencipta setiap hari ? adakah semakin baik @ kadangkala naik atau kadangkala turun??jawapan nya mungkin hanya saya dan Dia yang tahu...subhanallah...
utk sahabat2, maaf andai kata ada yang terguris dengan diri ini, kadang kala saya melakukan tanpa sedar...mungkin juga kerana jahiliyyah dalam diri...insyaallah saya ber sedia menerima teguran atas kekurangan diri...
tanpa saya sedar ada juga istilah nafsu baik rupanya... Contoh nafsu baik adalah orang yang sentiasa melakukan ibadat solat tetapi mengabaikan perkara lain seperti tidak menghiraukan manusia di sekelilingnya yang mungkin memerlukan bantuan atau sokongan...mmg halus betul godaan sebegitu.
sem ini , mungkin sibuk tapi alhamdulillah tak banyak masa yang saya luangkan untuk perkara2 yang tak berfaedah walaupun kadang-kala musibah melanda hingga kadang-kala tanpa sedar saya menjauhkan diri jauh mencari ruang ketenangan utk diri sendiri. insyaallah , saya akan kembali setelah agak lama berehat.....doakan moga diri ini, bertemu kekuatan hingga ke akhirnya bersama-sama melalui jalan dakwah biar pun dugaan datang datang silih berganti sama ada di sedari atau tidak..
utk sahabat2, maaf andai kata ada yang terguris dengan diri ini, kadang kala saya melakukan tanpa sedar...mungkin juga kerana jahiliyyah dalam diri...insyaallah saya ber sedia menerima teguran atas kekurangan diri...
tanpa saya sedar ada juga istilah nafsu baik rupanya... Contoh nafsu baik adalah orang yang sentiasa melakukan ibadat solat tetapi mengabaikan perkara lain seperti tidak menghiraukan manusia di sekelilingnya yang mungkin memerlukan bantuan atau sokongan...mmg halus betul godaan sebegitu.
sem ini , mungkin sibuk tapi alhamdulillah tak banyak masa yang saya luangkan untuk perkara2 yang tak berfaedah walaupun kadang-kala musibah melanda hingga kadang-kala tanpa sedar saya menjauhkan diri jauh mencari ruang ketenangan utk diri sendiri. insyaallah , saya akan kembali setelah agak lama berehat.....doakan moga diri ini, bertemu kekuatan hingga ke akhirnya bersama-sama melalui jalan dakwah biar pun dugaan datang datang silih berganti sama ada di sedari atau tidak..
Subscribe to:
Posts (Atom)

