"Dia berputus asa utk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu . Lalu dia duduk berteduh di bawah pokok sambil berbaring , kerana dia benar-benar putus asa utk bertemu kembali haiwan itu . Kemudian dia tertidur . sejurus dia bangun daripada tidurnya , dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki . Namun dia tidak menjumpainya . Dia berjalan lagi namun, namun gagal menemuinya . Dia mencarinya utk kali ke-tiga , tapi masih gagal.
"Namun sahaja apabila dia sampai kembali di tempat dia tertidur sebelum itu, dia duduk termenung , tanpa di duganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang di bawanya . Kemudian dia segera memegang tali tambatannya . Dan sesungguhnya Allah SWT jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir " (Riwayat Bukhari)