Friday, January 1, 2010

Hari ini ingin saya mengulas sedikit buku hilal asyraf yang sempat sy habiskan seminnggu yang lalu..buku bertajuk terasing karya Hilal Asyraf,  saya kira begitu menyentuh perasan saya...mungkin berkenaan kisah manusia yang jauh tersungkur dengan uijian dari-Nya...wallahualam..moga2 kita dijauhkan  dari perkara tersebut...watak Zaman dalam novel adalah seorang yg kuat peganganan agamanya dan tinggi kewibaannya namun akibat satu dugaan beliau jatuh tersungkur dan menyimpang dari ajaran yang sebenar sehinnga sanggup berniat utk membunuh sahabat sendiri, saifullah yang mana suatu masa dahulu zaman pernah berpesan padanya..

"kalau aku jatuh, hulurkan tanganmu kepadaku,
bila aku bengkok , kau luruskan aku..."


Allah berfirman yang bermaksud ;


     Apakah manusia mengira, mereka akan di biarkan berkata : Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?
                                                                                    ( surah al-Ankabut 29:2)


      Apakah kamu mengira , kamu akan memasuki syurga , sebelum tiba kepada kamu, apa yang telah didatangkan kepada kamu sebelum kamu? Mereka di uji dgn kemelaratan, dugaan dan di goncang......
                                                                                ( Surah al-Baqarah 2 :214 )




     11 tahun terputus hubungan menyebabkan Saifullah selalu bermimpi akan sahabatnya itu dan janjinya kepada zaman...

   w/pon Zaman telah mengkhianati nya dengan menculik isteri Saifullah, Atikah serta anak-anak mereka akibat  sebuah dendam, saifullah tetap juga ingin menolong sahabatnya utk kembali ke pangkal jalan demi sebuah janji..

 juga saya ingin petik sedikit kata2 hilal asyraf dalam novel ;

kebijaksanaan mereka tidak mampu membuatkan mereka berfikir akan kebesaran Allah SWT dan mengajak hati mereka utk tunduk kepada-Nya.
Bukankah itu menyedihkan?
Akhirnya dunia sahaja berjaya ditatang, akhirnya akhirat berciciran hilang

inikah yang terjadi pada sebahagian  mahasiswa/siswi  Islam sekarang ???wallahualam , saya tidak layak utk menilai mereka..semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya.






Ya tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya .Maafkan lah kami; ampunilah kami ;dan rahmatilah kami .Engkaulah Penolong kami ,maka tolonglah kami terhadap kaum yang fakir
                                                                                             (Al-baqarah : 286 )