Sunday, January 3, 2010

kehilangan Unta di Padang Pasir

Diceritakan drpd Sinak : Suatu hari Nu'man bin Basyir menyampaikan khutbah bahawa rasulullah SAW bersabda , " sesungguhnya Allah sgt gembira menerima taubat hambaNya tatkala dia bertaubat ,melebihi drpd kegembiraan seorang yang berkenderaan di tengah2 padang pasir kemudian haiwan yg di tungganginya itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tersebut terdpt mkn dan minum bekalannya.


               "Dia berputus asa utk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu . Lalu dia duduk berteduh di bawah pokok sambil berbaring , kerana dia benar-benar putus asa utk bertemu kembali haiwan itu . Kemudian dia tertidur . sejurus dia bangun daripada tidurnya , dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki . Namun dia tidak menjumpainya . Dia berjalan lagi namun, namun gagal menemuinya . Dia mencarinya utk kali ke-tiga , tapi masih gagal.


                "Namun sahaja apabila dia sampai kembali di tempat dia tertidur sebelum itu, dia duduk termenung , tanpa di duganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang di bawanya . Kemudian dia segera memegang tali tambatannya . Dan sesungguhnya Allah SWT jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir "  (Riwayat Bukhari)