Thursday, December 31, 2009

Saya dah berhenti couple..tapi....

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.








Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.






Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.






Bukan mengharamkan cinta






Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.






Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.






Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.






Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.






Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.






Rindu sangat






Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.






Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.






“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”






Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.






Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.






Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.






Tak ada masalah.










Ingat Allah






Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.






Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.






Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?






Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?






“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”






Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?










Kena serius la






Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:





<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Serius nak dapat redha Allah.



<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Serius nak bercinta dengan betul.



<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Serius nak bina masa hadapan dengan baik.



<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Serius jaga maruah dan harga diri.



<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Serius segala perkara.



Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.




Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?



Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?






Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?






Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?






Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?






Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”





Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?






Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.










Penutup: Teruskan kejayaan anda






Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.






Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?






Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.






Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?






Aha…






Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.






Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.




sumber ; hilal asyraf-ms.langitilahi.com




Wednesday, December 30, 2009

Blog Kembali bernyawa

alhamdulillah ...rasenyer lame sgt dh x menulis dalam blog nie...putus asa sekejap atas sebab2 tertentu...blog ini saya harap adalah utk muhasabah diri saya balik..dalam mengejar cinta-Nya...seringkali saya tersungkur..lalai dalam mengikut aturan-Nya...saya bangun balik dan adakalanya saya tersungkur dan lalai semula ..kalau di kira dalam cinta manusia saya pasti di gelar kekasih yang curang...astaghfirullahalazim...saya x mahu jauh menyimpang...tapi apakan daya..kadang-kala saya lemah...wallahualam...saya berusaha utk jadi insan yang yang di cintai-Nya....
semalam sedang saya sibuk melayan kerenah rakan-rakan sekolah di facebook...saya di sedarkn oleh satu e-mail yg saya dapt melalui IU Melaka...e-mail yg lebih kurang berbunyi begini..
...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??.. .update blog?...main facebook?... sudah cukup??...Allahu Robbi.
Ya Allah, tiba- tiba hati saya bagai disentap....alhamdulillah...terima kasih kepada si pengirim e-mail...terima kasih kerana menyedarkn saya yg leka ini...insyaallah saya cuba utk meminimumkan masa saya utk kelalaian duniawi...

dan lagi dari si pengirim e-mail

Setiap kali Palestine di bom, kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim, hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!



Maksud firman Allah SWT :


" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31


Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???




Maksud sabda Rsulullah SAW :


" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."


HR : Muslim

saya juga sebenarnya terfikir benda yg sama..setiap kali saya mengikut suatu program sama ada secara real atau di kaca TV @ radio..seringkali sy terdengar suara-suara yg menyalahkan barat..
ya, memang budaya tersebut dtg nya dari barat..tapi knape  kita tidak muhasabah kembali diri sendiri..apakah betul jalan yg dilalui di lalui...dan minta petunjuk dari-Nya..ini tidak baik pihak media atau pun seorang pemimpin negara sekali pon seringkali menunding jari ke barat...terjadi nya gejala bebas di kalangan remaja sekarang, barat di salahkn walhal x terfikirkah mereka andai remaja tersebut di beri pengisian yg baik sejak dari celik matanya kemungkinan besar perkara ini tidak terjadi..masaalah mereka mungkin datang dari rumah..ada yg ibu sendiri menjadi pelacur utk memberi si anak mkn...kenapa smpai tahap begitu sekali imannya???mungkin kerana faktor sekeliling...faktor sekeliling pula kerana apa???bukankah setiap tempat telah di letakkan seorang  pemimpin utk memastikan tempat tersebut dalam keadaan baik kondisinya...x turun padangkah melihat keadaan di bawah tanggungjawabnya??? tidak ada siapakah yg mengikut corak kepimpinan umar al-khattab suatu ketika dulu ???wallahualam..ini hanya pendapat saya...apa pon  dalam keadaan sesetengah remaja-remaja yg akhlaknya boleh dikira dalam keadaan genting sekarang saya berharap kalau pon pemimpin sekarang tdk bertukar warna parti-nya..biarlah bertukar dari yg kurang atau tiada kepada yang lebih mengangkat martabat agama Islam...insyaallah..










Sunday, August 30, 2009

renungan utk diri-ku dan sahabat2 yang ku sayangi..

PERBUALAN LEMBU DAN ANJING YANG MENGINSAFKAN

LEMBU:Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)

Akhir Hayat Rasulullah..moga dapat di hayati bersama

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Artikel ini boleh dicopy dan disebarkan kepada rakan2 kita agar dapat dijadikan renungan bersama, Insyaallah. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

RamaDhan

sedar x sedar, dh msk 10 ramdhan dh ari nie... berat sungguh hati aku utk melepaskan ramadhan yang tinggal lebih kurang 20 hari lg...brape sgt lah amalan utk ramadhan kali ini...Ya Allah, permudahkan urusan harianku..akan ku cuba utk mendakap ramadhan kali ini sedaya yang ku mampu..Moga Kau terima segala amalan ku yang sedikit ini...Ya Allah, jauhkan juga diri ini dr sifat riak Ya Allah kerna sesungguhnya aku ini hamba Mu yang hina dan sering lalai dgn ajaran-Mu...moga segala amalan yang ku lakukan adalah ikhlas keranaMu...bukan kerana ganjaran yang kau janjikan..bukan kerana hamba-Mu yang laen..Ameen

Friday, August 28, 2009

Aku Perlu Kuat.!!!!!

kadang2 dugaan hidup menyebabkan aku seakan mengalah....mengalah dgn dugaanNya..dugaan ke itu...alhamdulillah..sepanjang hidup aku belum pernah dpt lg dugaan yang di kira sgt2 berat..aku masih punya parents yg sentiasa support aku all da time..thanks mak ayah...i luv u...no one can replace u..w/pon aku blom lg jumpa insan yang boleh menemani aku sehingga ke akhir nya..cukup la bg aku punya family yang sgt aku sayangi..ini lah ketentuan tuhan..alangkan cinta dari-Nya belum mampu aku dakap sepenuhnya...so, layak kah aku utk bercinta dgn hamba Nya??? Ya Allah, biar lah aku mencintaiMu dulu sebelum aku mencintai hambaMu..sesungguh nya aku bukan lah hambaNya yang baik..cuma aku cuba utk menjadi yang terbaik...Ya Allah bantulah hambaMu dalam menempuh segala macam dugaan di dunia ini..jangan kau pesongkan aku setelah kau beri hidayah pada diri ini...sesungguh nya aku ini insan yang lemah, yang sering lalai dengan perintah-Mu..teringat lirik nayid "sebaiknya manusia Kau ciptakan..hinanya angkara diri sendiri.." ya, itu la aku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 10, 2009

tengah sebok menyiapkan saki baki assignment..tiba2 t'dengar pulak lagu in-team feat akill hayy....antara yang lirik yang menarik perhatian ku adalah part" sampai kan salam ku kepada mereka yang soleh, katakan ku ingin bersama memohon keredhaan Nya.."huhu...sambunk assignment~

Saturday, August 8, 2009

Muhasabah Cintaku...

Post nie aku ambil dr W/site IU..1st time bace mmg menyentuh perasaan...

Sebelum sujud terakhir aku sudahkan

Sedetik lalu berbicara saya dengan seorang teman.

Teman: Kenapa ye kebanyakan mereka yang berjaya yang kita lihat kini bukan di kalangan mereka bergelar Muslim?

Saya: Sejauh mana anda pasti hal sedemikian?

Teman: Hmm.. tak perlu pandang jauh-jauh. Kita tengok saje ape yang berlaku di sekeliling kita. Mereka yang bertuhankan selain Allah yang mendahului carta-carta akademik. Walhal orang kita hebat di persada kemaksiatan. (semakin rancak teman ini meluahkan segala yang terbuku di benak fikirannya)

Saya: Kalau begitu lah halnya.. saya rasa anda merujuk kepada orang melayu kita. Bukannya Muslim.

Teman: Muslim tu Melayu lah kan.. mana ada orang Melayu yang bukan beragama Islam! (bentaknya lagi)

Saya: Benar.. tapi sejauh mana Melayu itu memurnikan keislamannya?

Teman: Maksudnya?

Saya: Begini, cuba kita perhatikan situasi semasa. Banyak sekali orang yang bersolat. Mereka berdiri tegak, lalu tunduk membongkok, tegak kembali dan kemudiannya mencium bumi.. tapi kenapa jenayah tetap bermaharajalela? Maksiat najis-najis jahiliyyah bersepah sana-sini..

Saya: Kerana kita solat tanpa Allah di hati.. kita tak feel Allah dalam beribadah. Hanya sekadar melakukannya kerana menyedari akan kewajiipannya sahaja. Dalam erti kata lain, solat dan ibadah kita tak khusyu’. Ini halnya mereka yang bersolat, yang sebaliknya tu bertambah-tambah lah ‘tanduk syaitannya’. Inilah sebab kita masih ‘maju’ di belakang..


Seketika saya berfikir:

Jika kini usia saya 21 tahun.. Allah terima tak segala amalan yang saya buat sejak aqil baligh hinggalah saat ini? Berapa banyak pula dosa yang membebani ibu dan ayah tatkala saya masih kecil dulu? Jika diterima syukur lillah~ Jika sebaliknya?? Bagaimana hidup saya di Sana nanti ..

Jika malam ini saya melenakan diri, bagaimana jika esok saya bangun saya dapati saya bukan lagi seorang yang bergelar Muslim? Na’uzubillah~

Jika hari ini saya boleh makan-makan bergembira bersama-sama kawan, bersenang-lenang sampai makan 4 ketul ayam! Bagaimana jika esok saya dapati diri saya duduk di kaki lima berpakaian selekeh kelaparan menadah ihsan orang lain untuk membasahkan tekak, mengalas perut?

Jika hari ini saya berbangga memecut laju kereta yang dipandu (kononnya pandai sangat bawa kereta), pecut ke sana-sini.. bagaimana jika esok saya kemalangan, patah sana sini, menyusahkan diri sendiri apatah lagi ibu dan ayah?

(terus berfikir… )

Ya Allah, terlalu banyak kenikmatan yang diKau berikan sehinggakan kami hanyut ke dalamnya tanpa ingat nak bersyukur kepadaMu.



Engkau berikan nikmat Islam, iman, al-Quran, menjadi umat Muhammad, ‘akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk, disayangi keluarga, disayangi teman, bernafas, melihat, mendengar, berjalan, berlari, belajar, mengajar, memberi, menerima, terlalu banyak Allah. Besar sekali rahmah dan mawaddahMu. Siapalah kami untuk menerima segala ganjaran ini hanya dengan secebis amalan yang sangat sedikit yang juga tidak diketahui diredhaiMu atau sebaliknya.

Sucikanlah ya Allah hati-hati kami, terangilah hati kami dengan cahaya Nur Mu, bersihkanlah hati kami dari segala penyakit hati. Izinkan kami mengenali diri kami, untuk kami mengenali dan mendekatiMu. Moga tiada sekelumit pun syirik di hati kami. Bangkitkanlah roh kami yang mati ini agar berpadu dengan sangkar jasad yang membaluti diri kami. Bantulah kami dalam memurnikan agamaMu. Khusyu’kanlah kami dalam amal ibadah yang didirikan. Terimalah amalan kami, redhakanlah segala kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami. Jangan Engkau sisihkan kami dari sisiMu. Kasihanilah diri kami, ampunkanlah dosa kami, tutupkanlah ke’aiban kami. Siapalah kami tanpaMu ya Allah. Istiqomahkanlah kami di jalan keredhaanMu. Bantulah kami dalam mendokong dan mendaulatkan syari’atMu, suburkan hati kami dengan kesabaran berjihad menentang nafsu kami. Tiada upaya kami melainkan dengan kekuatan dan pertolongan dariMu ya Allah.

Ameen ya Rabb~

Sebelum duduk bertahiyat
Aku perlu menyembamkan wajah
Yang kotor dengan palitan derhaka
Dengan dahi yang bersalut noda
Pada bibir yang mengucup dunia
Aku tak mahu neraka

Sebelum duduk bertahiyat
Aku perlu meletakkan jariku
Yang tepu dengan najis hina
Dengan lutut yang berteleku bisa
Pada telapak kaki yang takkan berpijak di syurga

Sebelum duduk bertahiyat
Izinkan aku mencuci segalanya
Beralaskan dupa iman
Berencahkan kemenyan amalan
Untukku halau setanggi syaitan

Aku ketepikan jauh ancaman
Sebelum sujud terakhir aku
sudahkan

SeBulan di MMu....

Sdar x sdar dh sebulan lebih aku blajar di MMU...mungkin ini takdir yang dah ditatapkan utk aku...sejauh mane aku lari..akhirnya di negeri sendiri juga aku kembali menyambung pengajian ku..mungkin ini yang Allah tetapkan yang terbaik utk aku...satu yang aku x pernah sangka di sini..harapan yang pernah aku bawa semase mangambil Diploma dulu akhirnya muncul di sini..di tempat yang aku selalu di momok kan dgn cerita-ceritu yang kurang enak...di sini lah aku jumpa suasana persaudaraan Islam yang selalu menjadi impian ku suatu ketika dulu...bertemu dengan rakan2 di sister gathering terasa sangat indah pertemuan itu..w/pon perkenalan kami baru bermula..aida, ika, mira, syikin,Zinni, kamilah, aini dan ramai lagi...persahabatan di jalin kan kerana-NYa..di situlah keberkatannya...bak kata pepatah "yang baru itu memang selalu indah "..haha..aku harap keindahan itu kekal utk selama-lamanya..moga permata2 yang aku kenal di dalm institusi usrah ini kekal bersinar di bawah panji2 Islam...ameen...