Tuesday, November 9, 2010

Esok Menanti...

Pagi itu..
Enak mentega kacang bagai menampal retak-retak hati yang luka..
Segelas air putih..
Tak mampu menjernihkan rasa kecewa semalam yang masih belum beredar..



Namun aku..
Cuba mengukir senyuman di bibir kerna tak mungkin mampu ketawa..
Ada cerita duka..
Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arah..
Gelora di minda..
Masa mudaku terus menduga..
Kemelut laku kata..
Penuh silap dan salah..
Seringnya angkuhku menurut rasa..


Cinta..
Engkau menggoda..

Cinta..
Mendebar jiwa..
Dapatkah aku cari butiran mutiara suci..
Di sebalik biasan kaca noda dosa menguji..


Muda..
Tak pernah kumengalah..

Muda..
Takkan selamanya..
Mungkinkah kukecapi kemaafan hakiki..
Daripada mereka insan yang pernah kusakiti..


Harus kuteruskan langkah ini..
Kerna esok menanti..
Masa muda kan pergi..

Takkanku berpaling lagi..



Thursday, October 21, 2010

Konsert Nasyid 2010


 

 

Tema : FENOMENA AKHIR ZAMAN

menampilkan
LIVE Performance dari


dan




Tempat : Dewan Utama, Universiti Multimedia (Kampus Melaka)
Tarikh : 30 Oktober 2010
Masa : 8.30 malam
Harga Tiket : RM 8.00

 Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket, sila hubungi : 


Aidil - 0176399925
Nadiah - 0137105292

Wednesday, August 25, 2010



Antara Dua Kasih

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai








Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Friday, August 6, 2010

Mengapa Aku Disusahkan ?????????

Hidup terasa payah? Hidup terasa sesak?
Ada waktu kita rasa demikian. Kadangkala apa yang kita usahakan seakan tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih teruk lagi, usaha kita menghala ke arah lain yang kelihatannya lebih memberikan keburukan kepada kita.
Kadangkala kita memandang ke langit dan menjerit: “Ya Allah, kenapa hidup aku begini?”
Tertanya-tanya. Rasa seperti hendak menyalahkanNya.
Sebab kita percaya bahawa kehidupan kita tertakhluk di dalam takdirNya.
Mengapa aku disusahkan? Bermain-main di dalam jiwa.
Namun hakikatnya, apakah benar kita disusahkan?
Atau hakikatnya kitalah yang menyusahkan diri kita sendiri?




Kehidupan kita di atas apa?
Melihat semula kehidupan kita, di atas tapak apakah kita berpijak?
Apakah di atas tapak yang dibina dengan keimanan kepada Allah SWT, atau di atas tapak nafsu rekaan manusia?
Adakalanya sebahagian kita menyangka bahawa kita telah mendirikan kehidupan kita di atas Islam sepenuhnya. Akhirnya kita hendak berkata: “Aku dah amal Islam pun, masih susahkah?”
Tetapi apakah betul bahawa kita telah mengamalkan Islam secara benar?
Kadangkala, Islam kita hanya pada solat dan puasa, tidak pada belajar dan kerja. Tidak pada rumah tangga dan pengurusan keluarga. Tidak pada kehidupan dan aturcaranya.
Islam adalah sumber kedamaian dan kebahagiaan.
Namun kita tidak bersungguh-sungguh mengambilnya. Kita mengambilnya separuh-separuh. Secebis-secebis. Sewaktu-sewaktu.
Itulah hakikatnya punca utama kesusahan kita.
“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Surah Al-An’am ayat 17.





Memandang positif kesukaran
Ujian adalah tarbiyah direct daripada Allah kepada kita.
Itu adalah ungkapan yang menjadi motivasi saya. Saya fikir, yang menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat tegar menjunjung Islam dalam sepenuh kehidupan mereka adalah dugaan dan cabaran yang telah mereka lalui.

Bukannya mereka tidak pernah kecewa atau merasa sukar dengan perjuangan mereka. Bahkan mereka pernah tertanya-tanya di manakah pertolongan Allah kerana risau akan ketewasan mereka. Namun apabila mereka berjaya mengharungi kesukaran demi kesukaran, mereka akan tertingkat.




“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.-Sy sgt suka ayat nie...huhuhu



 
Hal ini kerana, kesukaran adalah tarbiyah.
Janganlah memandang serong dengan kesusahan yang datang bertimpa. Pandanglah ia sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita. Bila susah, hingga tiada manusia mampu menjadi tempat bergantung kita, kita hanya tinggal dua pilihan. Merapat kepada Allah atau memakiNya.
Biasanya manusia akan memilih untuk memakiNya.
Maka mengapa kita tidak memilih yang satu lagi?
Mungkin sahaja Allah hendak menyelamatkan kita dari kenikmatan dunia yang menipu daya, dan hendak memberikan kita Syurga di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya kepada kita?
Siapakah yang pernah memandang demikian?




Hairan dengan kecekalan mereka
Tidakkah kita merasa hairan akan manusia-manusia seperti Sumayyah dan suaminya Yassir?
Mereka itu mati sebelum mencapai kemenangan. Kesukaran datang kepada mereka bertimpa-timpa. Sedang mereka itu mengambil Islam sepenuhnya. Tetapi mengapa anak mereka Ammar, tidak pula mencaci Allah atas kematian kedua orang tuanya?
Tidakkah kita merasa hairan akan Anas bin Nadhr RA? Dia mati di medan Uhud dengan 80 tusukan pada tubuhnya. Dia mati dalam keadaan wajahnya hampir sahaja tidak dikenali sesiapa. Tinggal adik perempuannya sahaja mengenalinya melalui cincin di jarinya.
Dia mati sebelum mencapai kesenangan. Islam sebelum perang Uhud belum lagi mencapai kemenangan yang membuatkan ummatnya bersenang lenang di dunia. Tetapi mengapa adiknya tidak pula mencaci maki Allah atas kematian Anas sebegitu rupa?
Tidakkah kita hairan melihat Hamzah bin Abdul Muttalib RA? Dia juga mati di medan Uhud. Bahkan mati dalam keadaan yang amat mencucuk jiwa. Hatinya dimamah dan tubuhnya dilapah-lapah. Hidung dan telinganya dipotong. Hingga Rasulullah SAW juga menjeruk rasa bersedih hati, hingga Rasulullah SAW terpaksa menghalang makciknya Safiah bte Abdul Muttalib dari melihat Hamzah.
Hamzah mati sebelum merasai kesenangan. Mengapa Rasulullah SAW atau Safiah bte Abdul Muttalib tidak menghina Allah SWT ketika itu dan menyatakan bahawa Allah tidak adil dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan?
Kita hairan. Apakah yang membuatkan mereka kekal tabah? Bahkan bukan semata-mata tabah bertahan rasa. Mereka terus tulus berjuang menegakkan agamaNya.
Apa yang menggerakkan mereka? Apa yang mencuci kelukaan mereka apabila ditimpa kesukaran demi kesukaran? Apakah yang merawat jiwa mereka?
Saya tiada jawapan lain melainkan keimanan yang sempurna kepada Allah SWT.




Kadangkala kerana dosa kita juga
Dan kalau kita perhatikan dengan lebih teliti, kadangkala kesusahan yang menimpa kita adalah kerana dosa-dosa kita juga.
Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita adalah kerana kita melakukan maksiat dan pengingkaran terhadapNya.
Sepatutnya, apabila kita sedar akan hal ini, perkara utama yang perlu kita lakukan dalam hendak menyelesaikan masalah yang menimpa bukanlah terus pergi kepada permasalahan teknikal masalah itu. Tetapi apa kata kita terus bersimpuh dan bertaubat kepada Allah akan dosa yang telah kita lakukan?
Saya percaya, ujian Allah adalah tanda kasih sayangNya.
Mengapa saya katakan demikian?
Kerana dengan Dia menguji kita, kita sedar akan kesilapan kita kepadaNya, lantas kita bertaubat, dan Allah membersihkan dosa kita.
“Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Kalau dia tidak menguji kita walaupun kita berdosa? Itu istidraj namanya. Apakah istidraj? Istidraj adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ini ingkar kepadaNya, bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita, tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini Dia berikan terlebih dahulu kepada kita, berbanding nerakaNya yang sangat dasyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana.




Penutup: Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Kita sahaja yang tidak mensyukuriNya
Saya kira, kalau kita ini benar hamba yang beriman kepada Allah SWT, kita akan mampu melihat betapa segala pemberian Allah kepada kita adalah pemberian yang terbaik.
Baik kesenangan, mahupun kesukaran. Semuanya terbaik.
Tinggal kita sahaja tidak belajar untuk bersyukur dalam erti syukur yang sebenarnya.
Kita sahaja yang suka bersangka buruk kepada Allah SWT.
Sedangkan, yang mengetahui baik atau buruk untuk kita hanyalah Allah SWT.
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Surah Al-Baqarah ayat 216.
Siapakah kita untuk menyalahkanNya atas apa yang Dia timpakan kepada kita?
Diri sendirilah yang sepatutnya kita persalahkan hakikatnya.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

sumber :hilal asyraf 



Saya sungguh  tersentuh setiap kali dengar lagu nie. Hati saya jadi rindu.....agung sungguh jasamu Rasulullah s.a.w.....Ya Allah , kuatkan lah hatiku sekuat hati rasul-Mu dalam melalui jalan juang ini....hadirkanlah shafaat-Nya padaku...

Tuesday, June 8, 2010

Hamba yang Lupa


assalamualaikum wbt..sudah pun bermula sem baru.....moga sem ini tidak lah sesukar sem yang lepas...errrmm...mungkin juga sy belum biasa lagi dgn sistem di MMU ...alhamdulillah cuti kali nie bukan lah cuti yang sia2...sempat juga sy isi kan dgn perkara2 berfaedah..antaranya...ehem2...program musafir Al-Quran...



walaupun selama lebih kurang 4 hari di sana . tapi banyak pelajaran dan pengajaran yang sy timba disana...alhamdulillah  orang terengganu mmg molek2 belako...rezeki mmg x putus2 di sana...setiap  tempat yang dikunjungi ada saja makanan yang terhidang...tapi itu bukanlah tajuk utama nyer....yang utama nya Tarbiyyah yang sy dpt dari setiap tempat yang di kunjungi..bermula dari lawatan ke Institut Al-quran, mini games , explorace , lawatan ke rumah org tua...dan juga Tazkirah yang di terima di masjid2 yang kami kunjungi...nak di ceritakan semua mmg x mampu....




Bila sampai di bumi Melaka, baru sy terfikir mungkin juga ujian2 yang sy terima sebelum adalah sebagai penghapus dosa.....kesabaran sy kadangkala agak teruji sewaktu di sana....mungkin itu Tarbiyyah yang ingin Tuhan beri pada saya...Allah saja yang  tahu perasaan sy waktu tue...di rumah orang Tua , sy lihat sendiri x semua orang yg ber nasib baik seperti saya, sesukar mana pun hidup yang sy lalui, ada lg yang melaluinya dgn lebih sukar...insaf saya dengan percaturan hidup  yang di tentukan Ilahi...hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik utk hamba2-Nya...


notes :  antara pesanan yang acapkali masuk ke halwa telinga sy ; "jangan jadi kijang yg pengecut, lari bila berhadapan dengan masaalah , jadilah sprt singa yang mengaum, berani bila berhadapan dengan musuh/masaalah ."
**pesanan lain:"tegakkan Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu.."


   disebabkn muslimin yg buat video nie, so semestinya gamba mereka la yg plg byk...p

sy terasa ingin menyelitkan kata2 ustaz hasrizal dalam buku nya...ayat yang memberitahu sy bahawa "garis yang memisahkan manusia yg berlaku baik , dengan manusia yg ikhlas dengan kebaikannya amatlah tipis .Justeru datang lah ujian yang tidak di sangka-sangka utk menzahirkan keikhlasan itu."



      "patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman ', sedang mereka tidak di uji?"
(Al-Ankabut :2 )




ketika kamu tidak bergaul bebas , menjaga hubungan , dan berakhlak baik , kamu terlupa kpd Allah hingga menyangka kamu seharusnya menerima yang baik2 sahaja dalam hidup ini. Bukan cela , bukan hina.


Maka setiap ujian yang di terima , ketahui lah Allah sedang berbicara dengan kamu. Bahawa sebaik mana pun ibadah, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna



                   HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.!
             HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak di uji!
             HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya utk DIA


Kita sentiasa layak di uji...
kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlan RASA MEMILIKI!

p/s : kadangkala harapan itu boleh jadi kenyataan , kadangkala harapan itu hanya tinggal harapan.Sebagai hamba sy hanya mampu berserah, dan berharap moga pengakhirannya nanti adalah suatu yg baik dan terbaik..hati ini milik-NYA

Sunday, May 16, 2010

Farisa Dalam Kenangan, Al-Fatihah

pagi tadi kami sekeluarga di kejutkan dengan kehilngan Farisa...saat di beritahu kehilangan Farisa , apa yang saya terbayang adalah seorang kanak2 berumur 4 Tahun yang aktif lagi lincah....terkejut bukan main kepalang...sakit ape???Farisa adalah anak saudara yang pertama sebelah abang ipar saya....Farisa yang berkulit gebu lagi cute...huhuhu....x sangka dia pergi terlebih dulu...kali pertama saya jumpa dengan Farisa kalau x silap lebih kurang 2-3 tahun dulu..
waktu tue saya di tahun kedua Diploma...dan kali terakhir sewaktu perkahwinan kakak saya  dan Safwan.. , terkejut juga melihat badan Farisa yang semakin comel dan gebu...masih ingat lagi, muka Farisa yang masam dan menjeling tajam dek kerana marah x di benarkan naik pelamin bersama pengantin...hehhe...Farisa yang mmg manja dengan abg ipar dan kakak sy..kami adik-beradik mmg suka bercerita pasal Farisa, pasti tergelak2 kalau cerita pasal Farisha dijadikan isu..ada saja gelagatnya yang mencuit hati..sebab tue agak terasa juga dengan kehilangan nya...hmmm2...Farisha..Allah lebih menyayangimu...Farisa pasti sedang gembira di sana sekarang..
disebabkan berita mengejut ini saya jadi serba-salah...antara melawat Farisa di Putrajaya atau menghadiri meeting Konsert Nasyid...setelah lama berkira-kira akhir nya saya membuat keputusan utk ke Putrajaya krn takut terkilan xdpt menatap wajah Farisa buat kali terakhir...1st time melihat mayat kanak2 di depan mata sendiri..hati sya jadi sayu dan takut..kanak2 selincah itu sudah pun di tarik nyawanya kembali, apatah lagi orang seperti saya...huhuhu....moga Farisha tenang dan gembira di sana....moga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini...Insyaallah, pasti ada hikmahnya yang tersendiri...



Kali terakhir saya melihat Farisha

Saturday, May 15, 2010

baru selesai menghadapi final exam...alhamdulillah,.....banyak sebab kenapa saya perlu menyebut alhamdulillah...terima kasih kepada yang mengingatkan saya tentang ada nya DIA utk saya...ye, DIA selalu ada..kadangkala bila terlalu depress saya jadi lupa yang DIA ada utk saya...di waktu sy senang dan susah DIA ada bersama saya tanpa sy sedar...lebih  dr seorang kekasih yang ingin menghabiskan masa bersama2 selalu...yang penting saya lega , lega kerana segala-galanya sudah berakhir.....saya ingin menikmati cuti kali nie tanpa perlu memikrkan soal pelajaran walaupon cuma selama 3 minggu...!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 6, 2010

Kenangan Akademi al-fateh



Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak~

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati



Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera



Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Tuesday, March 30, 2010

Say 'Sayonara' to Jahiliyyah

Pertemuan di sister gathering jumaat lepas banyak menyedarkan saya kesilapan selama ini...say 'sayonara' to jahiliyyah, walaupun saya tidak dapat mengikuti nya sampai habis kerana ada kelas ganti tapi ade juga input yang dapat dikongsi bersama apatah lagi ia berkait rapat dengan hidup saya...say sayonara' to jahiliyyah , kalau jahiliyyah manusia pada zaman nabi dulu kerana tidak tahu, jahiliyyah orang sekarang pula adalah bukan kerana tak tahu tapi buat2 tak tahu .tapi  bagaimana pulak utk di bye2 kan  jahiliyyah itu kalau jahiliyyah dalam diri sendiri pun tak dapat di kenal pasti???pertama sekali kenalah fahami jahiliyyah dalam diri sendiri atau dalam erti kata lain , apakah keburukan dalam diri sendiri ?...errrmmm...mungkin banyak yang perlu saya muhasabah kembali dalam diri...kadang2 terfikir juga ,apa saja yang saya lakukan setiap hari? adakah menggembirakan orang di sekeliling saya @ tanpa sedar saya menyakiti mereka...dan bagaimana pula hubungan saya dengan Pencipta setiap hari ? adakah semakin baik @ kadangkala naik atau kadangkala turun??jawapan nya mungkin hanya saya dan Dia yang tahu...subhanallah...






utk sahabat2, maaf andai kata ada yang terguris dengan diri ini, kadang kala saya melakukan tanpa sedar...mungkin juga kerana jahiliyyah dalam diri...insyaallah saya ber sedia menerima teguran atas kekurangan diri...


tanpa saya sedar ada juga istilah nafsu baik rupanya... Contoh nafsu baik adalah orang yang sentiasa melakukan ibadat solat tetapi mengabaikan perkara lain seperti tidak menghiraukan manusia di sekelilingnya yang mungkin memerlukan bantuan atau sokongan...mmg halus betul godaan sebegitu.








sem ini , mungkin sibuk tapi alhamdulillah tak banyak masa yang saya luangkan untuk perkara2 yang tak berfaedah walaupun kadang-kala musibah melanda hingga kadang-kala tanpa sedar saya menjauhkan diri jauh mencari ruang ketenangan utk diri sendiri. insyaallah , saya akan kembali setelah agak lama berehat.....doakan moga diri ini, bertemu kekuatan hingga ke akhirnya bersama-sama melalui jalan dakwah biar pun dugaan datang datang silih berganti sama ada di sedari atau tidak..

Sunday, March 28, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Nota Cinta

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com/


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Friday, March 12, 2010

TerKenanG suatu ketika...

assalammualaikum wbt...errm, sejak kebelakangan nie, rindu pula saya pada tempat lama saya, di gombak , KL...tempat yang terlalu banyak mengajar saya erti hidup, erti berdiri atas kaki sendiri ,tempat yang banyak mengajar saya erti dunia yang sebenar , berbagai-bagai pilihan di depan mata, yang baik @ yang buruk ...semuanya atas pilihan sendiri...tapi, ahamdulillah mungkin berkat doa ibu dan ayah , saya lebih cenderung utk memilih yang rasional....banyak betul kenangan di sana...kawan2 accounting and non-accounting ku...faza(my bestie fwenz)...emma, atie , iejan , dayah n housemate, nira, linda..fatin..dayah...razman..aiman..ojie..ayie...errrmm x tersebut..sumer la...x sempat nak tegur semua time convo ari tue....housemate2 ku, naem, jannah ,nisa' , najwa, farah, zue, pa'a, liza, fika, ika n others....mmg best serumah dengan korunk, bergelak dan bersedih bersama...ada saja cerita yang nak dikongsi lepas habis kelas kn??hehehe.....macam2 aktiviti dilakukan bersama-sama...masih ingat x lagi tempat kegemaran akk di hujung minggu??..T*********...n paling best skali after that pekena roti canai @ nasi lemak plak...mmg lengkapkan..hehehe...trima kasih la sbb sudi melayan kerenah akk yang banyak songeh nie...lecturer yang xpernah kenal erti jemu, huhuhu...selagi x paham, selagi tue la mereka akn terangkn berulang-ulang kali...huhuhu...memang sayang mereka  ..!!!!mane nak dpt sebegini lecturer...madam shahirah (sayng sgt, tegas, garang but kelakar sumtimes ), ...mdm aidawati..mdm suhana..mdm shayu.. sir amir..sir bad...miss mashitah...mdm audit(camne leh luper nie, xpatot2)....sumer la dr 1st sem sem smpai la last sem..lecturer IIC mmg patut dihargai..ape pon, semua sudah berlalu, yang tinggal hanya kenangan, yang manis utk di ingat sekali- sekala, yang pahit tidak  terus dibuang , tapi dijadikan pelajaran utk masa hadapan...insyaallah...thanks to Allah for everything I have in my life..nikmatMu padaku tak terhintung banyak nya....moga diri ini tabah dengan setiap ujian yang dtg....

Thursday, March 11, 2010

satu lagi sinar cahaya Islam telah dipadam...alFatihah buat allah yarham Shiekhuna Dr mohd tantawi...salah satu tanda kiamat qiamat mulai jelas d saat akhir3 ini...Allah telah mengangkat ilmu secara sedikit demi sedikit dengan mematikan para ulamak....lalu, kita ditinggalkn terpinga2 kejahilan....sesungguhnya kita sememangnya telah hampir kpd suatu masa yg Allah telah janjikan kedatangannya....Allahu a'lam...

Saturday, March 6, 2010

Antara Hari Yang Bermakna Dalam Hidup ku

Selesai sudah majlis convocatioan yang penuh gilang gemilang tadi....bermula pada hari rehearsal yang agak membosan kan mulanya....tapi keesokan harinya membawa antara hari-hari yang bermakna dalam hidupku...bermula dengan kemasukan para graduan diiringi dengan selawat...kemudian kami menunggu ketibaan VVIP , setelah VVIP sampai para hadirin di minta berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku , mendengar ucapan dan tibalah masa scroll kosong diberi dengan penuh kasih sayang...hehehe...di takdirkan, course kami, Diploma in Accounting antara course yang paling lambat sekali mendapat scroll...apalagi, x senang duduk la kami, bercampur dengan perasaan gemuruh utk mengambil scroll , apatah lagi kos DCE mengambil masa yang lama utk menyudahkan penerimaan scroll mereka , kelakar tengok gelagat sorang-sorang time tue ( andai dapat di rakam , pasti jadi kenangan terindah )...penerimaan scroll di berhentikan seketika utk memberi laluan kepada IIC choir performance yang dipimpin oleh saudara hafiz hamidun ,memang mantap persembahan mereka , tgk la sape yang memimpin..huhuhu...dari lagu ayah dan  ibu, kasih kekasih , in the eyes of the world sampai kepada kepada lagu kematian utk menginsafkan kami semua...semasa lagu di nyanyikan , disiarkan juga slide show kenangan2 kami selama 2 tahun 8 bulan menuntut ilmu di sana ....antaranya, ibadah camp, konsert palestin, bz com kami dll...apa yang mengharukan saya adalah sewaktu lagu kematian , disiarkan  slide show mengenai sahabat kami ,arwah Salam yang pergi ke rahmatullah lebih kurang 2 tahun dulu (31 march ini lengkapkan pemergiannya selama 2 tahun )

Terhibur jugak lah perasaan kami yang gemuruh ketika itu ,kemudian penyerahan scroll disambung semula diikuti dengan best award utk setiap course dengan nabil khalaf di anugerahkan sebagai best award keseluruhan utk convo kali ini. Nabil tidak lupa menyebut nama arwah Salam sebagai salah seorang rakannya yang menyumbang kepada kejayaan nya hari ini  dalam ucapannya...dan upacara tamat lebih kurang pukul satu tengahari dan kami keluar beramai-ramai dengan membawa bersama ucapan-ucapan tahniah dari lecturer, mdm Iman dan  sir Fatah selaku mc pada hari itu .kata mdm, it is just the beginnning of your more challenges world out there, not the end..thank u mdm....dan sesi penggambaran pun bermula sebelum jubah di pulangkan pada hari itu juga dengan perasaan yang berat sungguh2...huhuhuhu






antara hadiah yang diterima....thanks to mak, ayah, k.liah ,k. dayah, lieza , Farah n to forget k. ina atas penyediaan mkanan pada hari ini...hehehe

kenangan bersama familie, x semua yang ada .K. liah terpaksa bergegas utk kerana ada kelas lebih kurang pukul 2 ptg..

Monday, March 1, 2010

PeSaNaN SeOrAnG SaHaBaT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Bismillahirahmanirahiim.. Sayyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah. Allahualam..


Friday, February 26, 2010

Sejambak bunga dan Sekotak Coklat....

baru selesai menghadap mid term managerial accounting 1...jawap dengan penuh *******..hahaha...yang pastinya kiri kanan depan blakang orang cakap susah...uhuk!uhuk!uhuk!..tawakal je la pasnie...selesai nyer satu paper nie bukan lah bermakna 'mission is already complete'  yer but a few more task need to do.....critique essay nya enggak lagi di siapkn, presentation nya lagi ,blom lagi di campur ,tolak, darab, bahagi, ngan tutor, assignment dsbnyer lagi....kemungkinan besar the story will continue smpai la akhir sem nanti...ermm.....n the more x-cited one...ngee~..actually xde la excited sgt...sbb dh lame saat2 excited nie di tunggu2...ape die eh???



errmmm...yg excited nyer insyaallah 6 march nie akan tibalah tarikh keramat yang hampir setahun di tunggu2 oleh kami2 semua----------> IIC graduation convo....selalu nyer dtg convo dlu...stakat jdk comittee je la...melayan kerenah mak ayah dan sebagai nyer...but this time sampai lah mase diri sendiri pulak di raikan...huhuhu...nak tau jugak macam mane agaknyer rupa bentuk keadaan convo kali nie.....errrmmm...sape2 nk tgk saya convo (budget cam ade jer...), jom datang UIA 6 march...opppsss..!!!!!!!!bunganyer jgn lupe...P...kidding!

psst : sori tajuk xde kene mngena di sebabkan kekeringan idea.

Tuesday, February 16, 2010

kehidupan serba tak kena

bismilllahhirahmannirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih, selawat dan salam ke atas nabi muhammad sa.w..dah lame rasenyer x buat pengisian di sini..w/pon pengisiannya yang x seberapa ,


lewat minggu-minggu yang lalu kehidupan saya begitu sibuk dengan beberapan urusan yang perlu diselesaikan dengan segera..kadangkala terbit rasa tension, putus asa, lemah dan sebagainya..tapi dalam keadaan yang kurang sedar sebenarmya saya rasa bahagia di situ..ya, bahagia kerana kehidupan saya di isi dengan perkara yang berfaedah..cuma mungkin kerana kurang pengalaman menyebabkan kadang-kala sya lebih pentingkan apa yang kurang penting..hari ini , saya mungkin lapang dari segala aktiviti, tapi kenapa tidak bahagia??bukan kah itu yang saya inginkan???lapang dari segala masaalah...


jawapannya mungkin saya temu dari kata-kata -'hidup tidak selalu indah, justeru di situlah keindahan hidup'

Kadang-kala masaalah datang bertimpa-timpa, di saat hendak menyelesaikan satu perkara penting, tiba-tiba datang lagi 2-3 perkara yang lebih penting harus di selesaikan kan jua dengan segera, belum lagi di kira perkara yang dianggap kurang penting w/pon sebenarnya tak kurang pentingnya..jadi apa yang harus kita lakukan??dimana salah dan silapnya???usah menyalahkan takdir sedangkan kita diuji megikut kemampuan diri sendiri..
justeru diri sendiri yang harus di perbetulkan dahulu sebelum megubah keaadaan sekeliling .Kadangkala masa memang tidak cukup utk diri kita, jadi bagaimana kita menguruskan masa tersebut supaya mencukupi untuk diri kita adalah yang lebih utama.


buruk itu mungkin bukannya buruk , ia mungkin baik ;
baik itu mungkin bukannya baik , ia mungkin buruk.



Seperti seorang tua yang kehilangaan kudanya , jiran-jiran beliau semuanya datang untuk menyenangkan hatinya .Tetapi si tua tersebut berkata ,"ia mungkin suatu perkara baik" . Beberapa bulan kemudian , kuda tersebut telah pulang dengan sendirinya dan membawa bersamanya seekor kuda yang pantas sekali . Jiran-jiran orang tua tadi kini datang untuk megucapkan tahniah kepadanya . Tetapi beliau berkata ,"ini mungkin suatu perkara buruk " . Suatu hari , anak lelaki orang tua itu telah keluar menunggang kuda yang pantas itu, dan anak lelakinya telah jatuh terpelanting dan patah kakinya lalu menjadi tempang dan cacat .

Jadi apa anda fikir , adakah buruk itu sebenarnya buruk ???


"Dia yang tidak pernah menderita itu hanya telah hidup separuh kadar .Dia yang tidak pernah gagal itu tidak pernah berusaha atau mencari .Dia yang tidak pernah menangis itu tidak tahu erti ketawa yang sebenar dan Dia yang tidak pernah meragui itu tidak pernah berfikir"


Justeru setiap kesusahan, kegagalan, setiap kecacatan, atau pengalaman yang tidak menyenangkan mungkin membawa bersama faedah yang seringkali dalam bentuk tersorok.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



di saat anda merasa kurang bahagia , tunduklah menghadapkan dahimu yang suci itu menyembah ke bumi dengan sehina-hinanya menghadap Ilahi, kembali muhasabah diri atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak...Moga mendapat petunjuk dari-Nya dalam setiap langkah.

Sunday, February 7, 2010

IU Sports Day...alhamdulillah

baru selesai dgn satu lagi program IU...iaitu IU sports Day @ IU Sports Fiesta...program kali ini agak berbeza sedikit bagi saya...mungkin kerana ini lah 1st time saya join program yang bergabung dgn IU dari cyberjaya dan kalau sebelum ini  kebanyakan program yg saya join menuntut saya utk jadi peserta tapi kali ini saya di beri tanggungjawab berat utk menghandle program ini...entah kenapa saya terus terima tanpa syarat apabila di approach oleh ika..asal nyer semata-mata utk mencuba dan dapat pengalaman baru....tapi akhirnya dia kadangkala menjadi mimpi ngeri buat saya, tapi alhamdulillah pengalaman kali ini amat berbeza..bak kata kamilah, berjaya atau tidak sesuatu program tue adalah bergantung kepada direktor, kalau direktor xde semangat maka , x semangat la komiti nya...di sebabkan direktor saya ,bukhari mengambil masa yg panjang utk bercuti, saya terpaksa akur memegang amanah utk menjalan kan program IU Sports Fiesta sementara menunggunya pulang ke MMU...program yang berjalan selama 2 hari nie berjalan dengan lancar saya kira...tiada masaalah yg boleh di kira masaalah...risau jugak saya time x-plorace takot2 ade kejadian yg x diingini berlaku...alhamdulillah, semua selamat...saya belajar konsep tawakal yang sebenar, pergantungan hanya pada Allah setelah melakukan apa yang patut...terima kasih yang x terhingga pada semua komiti2 explorace atas komitmen yang x terhingga ,faain, apis , udin, dan komiti2 nya...thanks juga pada tanzim2 atas segala tunjuk ajar..dan juga pada semua komiti2 lain...aleep, ijat, aswad, muadz,zafran, isz, mira ,nadia, fira , wani, ika dan semua sekali yang terlibat...terima kasih atas komitmen anda semua...



ini lah keje saye sementara menunggu peserta x-plorace menamatkan x-ploracenyer, utk pengetahuan, jam ini akan menyanyikan lagu ghazal setiap satu jam



acara kemuncak : perlawanan bola antara iu cj dan iu melaka dengan memakai kain pelikat ;part nie agak klakar rasanyer..hehehe


terima kasih pada semua... ; D

Last Pict sebelum IU cj bertolak ke cyberjaya

Wednesday, January 20, 2010

KiSaH ImAm HaNaFi.....

Cikgu: Saya nak buat satu cerita yang pernah saya ceritakan untuk kita fikir balik. Niat umat Islam untuk berjuang adalah untuk meng-Islamkan orang yang belum Islam dan yang sudah Islam ditingkatkan ke-Islamannya.


Imam Hanafi berjiran dengan keluarga Yahudi. Orang Yahudi ini air perlimbahannya masuk ke rumah Imam Hanafi. Imam Hanafi buat tak tahu sahaja. Dia tak marah, tak complain, tak cakap. Bertahun-tahun lamanya orang Yahudi itu tak sedar. Akhirnya orang Yahudi itu perasan. Ia cakap kepada keluarganya, kita tak sedar, lama rupanya air najis rumah kita mengotori rumah jiran. Kita dah silap. Rumah jiran kita dah ternajis oleh kita. Tapi pelik, jiran kita tak marah, tanya pun tidak.




Kerana malu, orang Yahudi itu pergi ke rumah Imam Hanafi untuk meminta maaf. Lepas minta maaf, dia tanya Imam Hanafi tentang air najis yang mengalir ke rumah Imam Hanafi. Engkau tak sedar ke? Sedar, kata Imam Hanafi. Mengapa engkau tak marah? Imam Hanafi jawab, agama saya mengajar untuk tidak marah. Mendengar ini, orang Yahudi itu masuk Islam.




Orang Yahudi ini kalau nak tarik dia ke masuk Islam dengan kuliah atau dakwah tak mungkin. Tapi dengan cara Imam Hanafi, orang Yahudi tadi masuk Islam.


Esok orang masuk Islam bukan dengan hasil dakwah kita. Sabar dengan ujian, itu taqwa. Dengan taqwa, Tuhan akan putar hati orang.


Hari ini pendakwah banyak cakap, tapi orang tak masuk Islam. Hasil sabar Imam Hanafi orang Yahudi masuk Islam.


Bila suami, isteri, jiran tak baik, sebenarnya ini salah kita. Tak ada taqwa, sedang taqwa itu magnet untuk tarik orang. Kalau bateri (taqwa) lemah, bagaimana nak charge bateri orang lain? Iman dan taqwa itu macam charger. Kalau charger kuat dia boleh charge semua orang, kalau lemah dan dia charge orang, maka bateri dia bertambah lemah. Orang bukan Islam tak masuk Islam. Orang jahat tak jadi baik kerana dakwah kita. Akhirnya marah pada orang lain dan jadi militan. Yang sebenarnya kita yang tak ada power (taqwa). Bagaimana nak Islamkan orang?


Imam Hanafi tadi ada cita-cita nak Islamkan Yahudi itu. Sabar dia membuat Yahudi itu masuk Islam.




psst : Mohon Tuhan pinjamkan rasa hina dalam diri kami, kerana hakikatnya tahi (ego) yang ada dalam diri kami. Tapi tahi ini begitu sekali disayangi. Imam Hanafi sanggup menerima najis untuk kemuliaan dia dan akhirnya menyebabkan Yahudi itu masuk Islam.



Monday, January 18, 2010

SElaNgKah Lagi di MMU

assalamualaikum wbt...bismillahirrahmannirahim....selawat junjungan ke atas nabi muhammad saw...alhamdulillah, hari ini bermula lagi setapak ke semester yang baru....seperti biasa saya menghadapi masaalah utk reg subject...errmmm...ntahlah, moga2 saya di beri petunjuk olehNya dalam setiap langkah....semester nie terase banyak perkara yang sedang ligat dalam fikiran saya...huhuhu...mungkin kerana ada beberapa perkara dan tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat nie...sampai leka dgn perkara yg agak penting..Ayah , kalau ayah baca blog nie orang mintak ampun banyak2 kat ayah.....gara2 lambat menguruskn ptptn time diploma dulu akhirnya pinjaman bertambah dgn sgt positifnyer....rase bersalah sangat2...tapi muka still maintain cool je <-------konon~..biler dah besar n tgk kakak2 sendiri yang dah berkeluarga baru la saya faham sgt2 kenapa di suruh hormat ibu dan ayah....tgk depa xtdo malam dek kerana si anak kecil yg minx di beri perhatian...huhuhu...bler dh jdk makcik kepada anak2 sdare sy lg tau knape org kater makayah kter lagi knal kita dari kita sendiri...sy sendiri jdk pemerhati  sy tau macam maner perangai depa...dr kecik ke besar...dh faham sgt..dok KL dlu xde la terase sgt, ye la papehal prob kakak la yg jdk tempat penyelesaian...sbb dkat kan...xpon pendam masaalah sendiri..skarang biler dah duduk umah, ape lagi setiap gerak-geri , setiap langkah dlm pengawasan makayah, huhuhu, syukur alhamdulillah, masih lagi di beri perhatian, xla rase terabai..wa3...manjew~...x jumpe lagi kawan2 sekelas aida, ika, ekin , age dll...insyaallah esok jumpe la...lame sgt rase nyer x berceloteh ngan dorang...disebabkan ke-busy-an + x sama klass sem lepas....insyaallah sem nie jumpe balik...semester baru dgn azam baru...D

Saturday, January 16, 2010

Tuesday, January 12, 2010

hari ini, saya meluangkan masa utk melihat blog-blog org...macam2 cara blog dihasilkan , semuanya dengan pendapat yang tersendiri, gaya yg tersendiiri, serta minat yg tersendiri, yg pergi bercuti, dengar ceramah , berjalan2, berprogram....semua dengan gaya penulisan tersendiri, seribu satu macm perangai...huhu...ade penulisan yg sy boleh terima, ade yang sy perlu scan dlu beberapa kali sebelum di terima pakai dalam otak saya..huhuhu...ape sebenarnya sy nak tulis ari nie.???hahaha...sy pon xpasti, ari nie just utk luahan hati saje...sorilah klau rase buang mase yerk..ermm, semalam musibah menimpa, beg seorang rakan telah diambil semasa kami solat di surau melaka central...errmmm, sabar yerk ..!!!!!insyaallah, akan diganti dengan lebih baik..moga dia tabah dengan ujian ini...lepas buat laporan polis, kami pn trus berangkat ke tempat yg di tuju...tau ke mane?????errrmmm.....malam tue kami ke sg udang, dgr talk yg dismpaikan saudara habib umar...alhamdulillah, w/pon dtg lmbat tapi mungkin niat dari mula nak dgr ilmu, dapat lah juga ilmunya..w/pon separuh atau mungkin kurang dr tue, lebih baik dari xde..: D..adalah hikmahnya kami x smpai awal malam tue..wallahualam...balik pula, disebabkn sy x cukup brani utk drive jao2...depa anta saya smpai ke dpn umah...huhu...thanks to this name--------> k.wani. ika, zinnie , n suhaila.....

Saturday, January 9, 2010

SePoToNg TaUhU...



ade ape dgn tauhu???
errrmmm....jom bace ; )

Lelah. Rasanya terlalu lelah untuk terus berdo'a kepada Allah.



Hari ini entah sudah kesekian kalinya aku meminta, tapi tak jua Dia mengabulkan permintaanku.


Pekan lalu, saat ku membutuhkan pertolongan Nya, Ia tak segera mengulurkan tanganNya.


Ah, jangankan yang baru-baru ini, puluhan bahkan ratusan pintaku


bulan-bulan sebelumnya, juga tahun sebelumnya, kalau kuingat-ingat,


belum juga terkabulkan.






Tapi, apa salahnya malam ini ku mencoba berdialog kembali dengan Nya,


semoga saja ia mau mendengar. Baru saja kususun jemari ini, belum


sempat baris kata-kata yang sebelumnya sudah kurangkai indah di dalam


benakku deras terburai keluar dari mulutku, mataku menangkap tajam


jemariku yang bergerak...






Astaghfirullaah ... seketika dadaku sesak.


Berdegub kencang.


Ingin kuhapus kata-kataku diatas.


Tapi sudah terlanjur tumpah.


Aku malu telah lancang kepadaNya dan menihilkan semua yang telah diberikan-Nya.


Pernahkah aku meminta kepada Nya untuk memberikan kepadaku jemari yang lengkap dan indah,


sehingga aku bisa banyak berbuat dengan kesempurnaan penciptaan ini?






Aku tak pernah meminta sebelumnya agar Ia melengkapi tanganku ini dengan jemari,


Aku juga tak pernah berdo'a untuk berbagai kesempatan hingga detik ini


aku masih bisa menggerakkan, dan menyentuh dengan jemariku ini.


Harus kusentuh lagi beberapa anggota tubuh ini.


Kemudian aku berdiri, subhanallah, aku masih bisa berdiri.


Padahal aku tak pernah sebelumnya meminta agar terus ditetapkan memiliki dua kaki sempurna, tapi Dia masih terus memberikannya.






Lalu aku berjalan, Alhamdulillah aku masih bisa berjalan.


Keluar kamar, ke ruang tengah, kulihat masih terlihat sederet makanan di meja makan, kucicipi sepotong tahu. Enak, ya enak.


Tapi kenapa aku masih bisa merasakan nikmatnya sepotong tahu?


Juga segarnya menyeruput sebotol juice buah yang kuambil dalam kulkas?


Yang pasti, tak pernah barisan kata pinta terucap tuk sekedar memohon agar tetap diberikan kemampuan merasa...


Kuterus berjalan. Ke kamar mandi. Ada air.


Kusentuh segarnya air itu. aah, sejak kapan aku merasakan kesegaran ini.


Mungkinkah ketika terlahir dulu sempat aku meminta kepadaNya agar dikaruniakan kesegaran macam ini? atau ...






Oh ya...Aku hirup udara malam yang sejuk.


Eh, apa pernah aku minta Dia tak menyetop pasokan udara untukku?


Bahkan ... aku masih hidup, aku masih hiduuup (teriakku) ...


siapa yang tahu dan bisa menerka sampai kapan aku masih bisa menikmati hidup.


Tapi yang jelas tak pernah sekalipun keluar dari mulut ini rangkaian kata:


"Allah, terima kasih atas semua nikmat Mu, sampai hari ini."






Smakin kutahu


Jika pepohonan dijadikan pena


Dan laut menjadi tinta


Niscaya takkan pernah cukup


Tuk menuliskan semua nikmat-Nya"Berbahagialah


orang yang diberi petunjuk ke dalam Agama Islam dan penghidupannya


sekedar cukup, serta ia bersikap qona'ah." (HR.Turmudji dan Nasai dari


Fudhalah bin 'Ubaid).



____________________________________________



MH : Semoga mendapat Hidayah...Ameen




Sunday, January 3, 2010

kehilangan Unta di Padang Pasir

Diceritakan drpd Sinak : Suatu hari Nu'man bin Basyir menyampaikan khutbah bahawa rasulullah SAW bersabda , " sesungguhnya Allah sgt gembira menerima taubat hambaNya tatkala dia bertaubat ,melebihi drpd kegembiraan seorang yang berkenderaan di tengah2 padang pasir kemudian haiwan yg di tungganginya itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tersebut terdpt mkn dan minum bekalannya.


               "Dia berputus asa utk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu . Lalu dia duduk berteduh di bawah pokok sambil berbaring , kerana dia benar-benar putus asa utk bertemu kembali haiwan itu . Kemudian dia tertidur . sejurus dia bangun daripada tidurnya , dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki . Namun dia tidak menjumpainya . Dia berjalan lagi namun, namun gagal menemuinya . Dia mencarinya utk kali ke-tiga , tapi masih gagal.


                "Namun sahaja apabila dia sampai kembali di tempat dia tertidur sebelum itu, dia duduk termenung , tanpa di duganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang di bawanya . Kemudian dia segera memegang tali tambatannya . Dan sesungguhnya Allah SWT jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir "  (Riwayat Bukhari)






Saturday, January 2, 2010

Doa Seorang Sahabat

Ini adalah doa yg sy dapat dr seorang sahabat yang sy sayang kerana Allah

Ya Allah '
Apabila saudaraku ini sesat dalam kabus perasaan,
bukalah hatinya agar menerima
petunjuk Mu,
Apabila dia di asak oleh 1001 godaan nafsu,
bantulah dia dengan imanMu,
Apabila dia kecewa & terluka,
pujuklah jiwanya dgn kehebatan alunan
ayat2 suciMu,
Apabila dia t'tarik pd laranganMU,
lindungilah dia dr syaitan
laknatullah itu,
Moga cintanya hanya pada-Mu,
rindunya hanya pd kenikmatansyurga-Mu
& setianya hanya pd perintahMu,
aminn...

kata fasi semasa klinik solat dlu, doa lebih berkat jika di rahsiakan..
tapi saya sengaja memaparkan doa ini, agar hati sy kembali kepada-Nya
setiap kali doa ini di baca..

kerna jiwa seorang hamba yg sentiasa ada turun dan naiknya..
adakala kita ingat pada-Nya, adakala terasa seronok dengan kenikmatan dunia..
Sya juga begitu....sebab itu doa seorang sahabat amat saya perlukan
supaya hati ini x tersungkur lg dalam menuju mardhatillah...
utk sahabat usrah saya, dan sahabat diluar sana lagu ini ditujukan khas utk anda semua : D
Uhibbukumfillah




Sebuah Pertemuan

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan


Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman